Di sini terdapat dua design yang telah saya hasilkan. Design pertama merupakan design pada waktu malam. Design ini adalah ringkas tetapi menepati kehendak tajuk yang ditetapkan iaitu katering dan penyajian. Terdapat sebuah restoran terapung dan di sepanjang menuju ke restoran itu dihiasi dengan siar kaki yang sangat menarik dan terdapat lampu-lampu yang sangat comey bagi mewujudkan suasana yang romantik. Manakala bagi design kedua pula masih lagi ringkas tetapi sangat menarik dengan rekabentuk bagunan yang futuristic. Bagunan ini tempat yang digunakan oleh penduduk setempat di sekitar tanjung malim bagi menguruskan kegiatan seharian contohya terdapat pos Malaysia. Bagi kanak-kanak pula terdapat kiosk yang berbentuk cendawan bagi menarik minat kanak-kanak. Kiosk ini menjual pelbagai makanan dan minuman. Orang yang terdapat pada design ini menunjukkan bahawa tempat ini menjadi tumpuan orang ramai.
Friday, 25 March 2011
Sunday, 20 March 2011
acaq punya
Merealisasikan ilham merupakan sesuatu yang menakjubkan. Fokus saya pada kali ini adalah membina sebuah restoran di dalam tasik...menakjubkan bukan . Konsep yang saya ingin cetuskan pada rekaan pertama ini, menjadikan restoran ini sebagai tumpuan di sebalik kehijauan alam semulajadi. Rekabentuk restoran ini berlainan dari bentuk-bentuk restoran yang ada berhampiran dengan tasik ini. Masuk ke restoran ini memberikan satu kelainan citarasa diluar jangkaan. Saya cuba mencipta restoran ini dengan menghidupkan suasana dalam sebuah kapal angkasa. Restoran ini dihiasi dengan elemen-elemen moden dan ringkas menggunakan penggabungan unsur steel, dan kaca. Semestinya suatu kelainan buat pengunjung yang meluangkan masa ke sini.
Seterusnya, rekaan kedua. Ilham seperti ini membawa diri saya berada pada abad ke-23. Saya membayangkan pada waktu itu, tiada lagi tasik semulajadi yang dapat dilihat oleh generasi pada waktu itu dalam keadaan sebenar. Saya cuba menghidupkan suasana tenang dan aman agar tempat makan ini menjadi tempat istirehat menarik yang melupakan pengunjung seketika dengan dunia pekerjaan moden mereka. Restoran ini mengetengahkan senibina istana lama yang membawa unsur kemewahan klasik. Akhirnya, saya berharap idea-idea yang saya cetuskan ini dapat menyumbang ispirasi kepada arkitek-arkitek dalam negara dalam membangunkan infrastuktur tempatan. Sekian…
masrie punyer
Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Tasik Proton City merupakan sebuah tempat rekreasi yang terkenal di Tanjong Malim dan terletak di kawasan perumahan Proton City. Pelbagai aktiviti riadah boleh dilakukan di taman rekreasi Proton City ini. Melihat kepada kesesuaiannya untuk diubah suai menjadi satu tasik moden yang kontemporari, satu inovasi telah dicetuskan dan telah terilham dua rekaan yang di harapkan dapat memberi keselesaan, keselamatan dan keseronokan kepada pengunjung serta menampilkan suasana persekitaran bagi penghidupan manusia sejagat secara lebih inovatif dan berdaya maju tanpa merosakkan keaslian semulajadi kawasan tersebut
Rekaan pertama menampilkan sebuah taman katering di kawasan tasik proton. Taman ini merupakan taman serbaguna di mana, pengunjung boleh melakukan aktiviti riadah seperti berkelah, jogging, bermain jet ski dan sebagainya. Taman ini juga menyediakan pelbagai restoran serta kiosk bagi memudahkan pengunjung mengisi perut setelah penat melakukan aktiviti riadah. Taman katering ini juga mempunyai laluan pejalan kaki yang boleh dimanfaatkan untuk berjalan-jalan menghirup udara segar sambil mengambil gambar panorama tasik yang indah.
Rekaan kedua pula lebih kepada konsep urbanisasi. Rekaan ini tampak ringkas dan canggih di mana ia di lengkapi dengan kemudahan LRT bagi memudahkan orang ramai ke lokasi. LRT ini menghubungkan antara bandar ke bandar sehinggalah destinasi terakhir iaitu ke tasik proton. Di tasik proton ini di sediakan satu hotel mewah untuk penginapan pelancong dari luar daerah tanjong malim dengan kadar sewa yang berpatutan. Terdapat juga sebuah restoran besar iaitu “ The Proton Cafe” yang menyediakan pelbagai jenis masakan dan makanan tradisional dan juga makanan barat. Dengan rekaan kedua ini diharapkan ia dapat menarik minat pengunjung dan menjadi sebuah pusat perlancongan bertaraf antarabangsa tidak lama lagi. Jika dulu “ Taman Tergantung Babylon” menjadi sebutan, tidak mustahil suatu hari nanti “ Taman Katering Tasik Proton” pula terkenal dan menjadi idaman.
sha punyer
Kami diberi tugasan untuk merekabentuk dan menaiktaraf kawasan tasik proton untuk dijadikan sebagai kawasan yg menjadi tumpuan ramai. Saya memilih rekabentuk untuk katering dan penyajian. Bagi rekabentuk yg pertama saya hanya menginginkan rekabentuk yg ringkas tetapi tetap menonjolkan tema yang ditetapkan. Terdapat sebuah restoran yg bercirikan futuristic yang sangat moden dan terdapat juga restoran terapung yang bercirikan high tech. selain itu terdapat sebuah hotel di seberang tasik tersebut. Bagi mencantikkan lagi kawasan ini terdapat pokok hiasan disepanjang tasik proton ini
Manakala bagi rekabentuk yg kedua pula terdapat sebuah restoran serta kiosk yang berbentuk aiskrim. Kiosk ini adalah untuk menarik perhatian kanak-kanak khususnya. Manakala siar kaki yang terdapat lampu di sekelilingnya adalah untuk mewujudkan suasana yg romantic pada waktu mlm. Di sini juga terdapat sebuah pusat membeli belah iaitu jonieee mall. Pusat membeli belah ini dibina untuk menarik perhatian penduduk setempat. Di samping itu juga terdapat jambatan yang akan menghubungkan laluan ke pusat membeli belah tersebut. Selain ke pusat membeli belah pengungjung juga dapat menikmati keindahan air terjun buatan manusia.
Sunday, 13 March 2011
Daus punya
Tuesday, 8 March 2011
mmm.....something about.....(^^,)
Pemilik blog....(^_^)
Acaq.....Daus.....Masrie.....Sha....Una.....
Hari ni 1st time dalam hidup tulis blog....blog ni digunakan utk letak sume hasil kerja kami dalam subjek multimedia ni... Kami ade buat sedikit projek mengenai "Sustainable Communities".... mm...kami kena snap pic pemandangan dekat Proton City (PC)...After that kami kena wat sedikit pengubahsuaian untuk mejadikan tempat tersebut sebagai tempat tumpuan komuniti setempat khususnya atau pun warga tanjong malim amnya...(^^,) best projek ni sbb kami di dedahkan dengan kemahiran penggunaan photoshop....lepas tu kami kne berfikiran lebih kreatif untuk menghasilkan sesuatu yg lebih menarik...hehe mcm2 hasil yg telah diperolehi..hehe memandangkan kami bukanlah berkemahiran sangat dalam menggunakan photoshop....tp bolehla hanya sebagai santapan pengunjung-pengunjung blog kami.....(^^,)
Nanti setelah gambar-gambar hasil kerja kami upload, di harap kawan2 sume boleh la bg komen dan tunjuk ajar k...sume komen dan tunjuk ajar kawan2 sume akan menjadi ilmu yang berguna untuk kami memnambahbaikkan kerja-kerja kami...selain tu bleh gak untuk menjadikan tempat tu lebih menarik...hehe Dengan harapan juga kawan2 bleh la share sebarang idea untuk memeriahkan lagi hasil kerja kami sume nnt ye....hehehe....ok la....nntkan kemunculan hasil kerja kami k....(^_^)
Terima kasih sume.....luv u all.......(^^,) sakura hikaru...^^
Sunday, 6 March 2011
sus·tain·able (sə stān′ə bəl)
adjective
- capable of being sustained
- designating, of, or characterized by a practice that sustains a given condition, as economic growth or a human population, without destroying or depleting natural resources, polluting the environment, etc.: sustainable agriculture
- governed or maintained by, or produced as a result of, such practices:sustainable growth
Dalam Bahasa Malaysia
sustainable = berlanjutan (direct translation)
----^^----Thank U (^^,) Terima Kasih----^^----
Subscribe to:
Posts (Atom)