Sunday 20 March 2011

masrie punyer

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Tasik Proton City merupakan sebuah tempat rekreasi yang terkenal di Tanjong Malim dan terletak di kawasan perumahan Proton City. Pelbagai aktiviti riadah boleh dilakukan di taman rekreasi Proton City ini. Melihat kepada kesesuaiannya untuk diubah suai menjadi satu tasik moden yang kontemporari, satu inovasi telah dicetuskan dan telah terilham dua rekaan yang di harapkan dapat memberi keselesaan, keselamatan dan keseronokan kepada pengunjung serta menampilkan suasana persekitaran bagi penghidupan manusia sejagat secara lebih inovatif dan berdaya maju tanpa merosakkan keaslian semulajadi kawasan tersebut




Rekaan pertama menampilkan sebuah taman katering di kawasan tasik proton. Taman ini merupakan taman serbaguna di mana, pengunjung boleh melakukan aktiviti riadah seperti berkelah, jogging, bermain jet ski dan sebagainya. Taman ini juga menyediakan pelbagai restoran serta kiosk bagi memudahkan pengunjung mengisi perut setelah penat melakukan aktiviti riadah. Taman katering ini juga mempunyai laluan pejalan kaki yang boleh dimanfaatkan untuk berjalan-jalan menghirup udara segar sambil mengambil gambar panorama tasik yang indah.


Rekaan kedua pula lebih kepada konsep urbanisasi. Rekaan ini tampak ringkas dan canggih di mana ia di lengkapi dengan kemudahan LRT bagi memudahkan orang ramai ke lokasi. LRT ini menghubungkan antara bandar ke bandar sehinggalah destinasi terakhir iaitu ke tasik proton. Di tasik proton ini di sediakan satu hotel mewah untuk penginapan pelancong dari luar daerah tanjong malim dengan kadar sewa yang berpatutan. Terdapat juga sebuah restoran besar iaitu “ The Proton Cafe” yang menyediakan pelbagai jenis masakan dan makanan tradisional dan juga makanan barat. Dengan rekaan kedua ini diharapkan ia dapat menarik minat pengunjung dan menjadi sebuah pusat perlancongan bertaraf antarabangsa tidak lama lagi. Jika dulu “ Taman Tergantung Babylon” menjadi sebutan, tidak mustahil suatu hari nanti “ Taman Katering Tasik Proton” pula terkenal dan menjadi idaman.

39 comments:

  1. ader keretapi kat tasik proton bgusnyer hik3

    ReplyDelete
  2. mmg la....kn ni futuristik restoran...bagus2...teruskan mendesign...sy ske.. :)

    ReplyDelete
  3. Uncle Taman Bernam....22 March 2011 at 22:18

    waaa...ini uncle suka sama design..nanti boleh naik komuter direct dari KL ke tasik Peroton maaaa..

    ReplyDelete
  4. Cantik....tapi knapa rumput mcm dah nk mati...kalau hijau lagi menarik...apa pun,,design bangunan semua menarik dan canggih,,,teruskan

    ReplyDelete
  5. ermm rumput 2 xcukup air kot...
    sbb 2 la jadi camtu hik3

    ReplyDelete
  6. xcukup air nape plak.. kan dekat ngan tasik tu..

    ReplyDelete
  7. ala kan suasana malam 2 nk bg rumput di malam hari la

    ReplyDelete
  8. saya suka design pertama nmpak mcm dok kat taman very nice

    ReplyDelete
  9. comey dua2..
    adik ain suke..
    truskn usha..hehe

    ReplyDelete
  10. design yg kedua lagi menarik nmpak moden dan tak terlalu penuh..

    ReplyDelete
  11. tp i lebih suka design pertama..inovasi taman yg cukup tinggi..taman cyber, mcm2 ada..

    ReplyDelete
  12. jom kita dtg kat tmpt yang menarik ni..blh rhtkan fikiran

    ReplyDelete
  13. canggihnyelh taman die...kalu btl2 jd realiti mst best

    ReplyDelete
  14. pastikan harga makanan dan minuman yang dijual berpatutan..taman canggih harga makanan murah,pasti ramai berkunjung...

    ReplyDelete
  15. design kedua nampak suram..x banyak colour yg digunakan..kalau rumpuy tu warna hijau rasa nampak lebih ceria..walau ape pun, idea masih ada dan kreatif..gud luck 4 next trial

    ReplyDelete
  16. sy setuju dengan kenyataan zubedi..

    ReplyDelete
  17. tapi ana yakin designer mempunyai sbb2 tertentu memilih design suram..bg ana ia nampak klasikal pada penglihatan ana..nostalgia lama timbul bila tgk design tu tanpa melupakan kemodenan dalam rekaaa..

    ReplyDelete
  18. btol2 sy setuju pandangan imam muda 2...

    ReplyDelete
  19. wow design pertama siap ader kfc lg bgus2
    design kedua plak ader LRT n design bagunan yg menarik.. sy suke

    ReplyDelete
  20. geng taman bernam10 April 2011 at 23:47

    design pertama lebih crowded, tulisan untuk tajuk ok jelas tapi kehadiran 3 orang xnmpak realistik
    teruskan usaha anda..

    ReplyDelete
  21. semua komen yg diberi amat sy hargai.. tima kasih bnyk2

    ReplyDelete
  22. design yg menarik..tampak moden tp masih mengekalkan keaslian dan keharmonian struktur binaan asal

    ReplyDelete
  23. design no2 sngt cantik...sesuai dijadikan kulit depan buku teks...huhuhu..
    nice work..gud jobs...

    ReplyDelete
  24. btol2 comey jer klo buat kulit depan buku... tapi pencahayaan yg kurang la nnti xde orang plak beli buku 2

    ReplyDelete
  25. cetusan ilham yg menarik...kalau bleh design ke 2 di buat dalam bentuk lanskap lg cantik dan nampak luas...

    ReplyDelete
  26. suka dgn design taman katering... menonjolkan tema yg ada

    ReplyDelete
  27. wow..sangat indah rekaan anda..bleh emailkan kt sy design yg first????...aiman_86@yahoo.com.my..sy sangt minat dengan adobe photoshop..

    ReplyDelete
  28. teruskan usaha anda..usaha tangga kejayaan!!!!

    ReplyDelete
  29. cantik dan canggih..gambar kedua tu memang nampak canggih..ada lrt mudah la pengunjung datang..hehe

    ReplyDelete
  30. kedua-dua design sngt menarik.. good job

    ReplyDelete
  31. la....nmpak kurng cerialah...tmbahkn sedikit warna utk menarik owng mai bli..k p bgus dah 2

    ReplyDelete
  32. erm design yg pertama tu sgt ok..susunan sgt teratur...cuma pintun gerbang tu rasanya kalau xletak pokok byk sgt lg ok kot..
    Design yg kedua pn sgt baik...dgn kemudahan LRT sgt sesuai utk medan pengangkutan... Cuma deign kedua tu jmbatan ke yg bersimpang siur??cantik cm kalu krgkan skit siurnye lg tambah cantik...hehe

    ReplyDelete
  33. design kedua 2 pencahayaan yg kurang menarik... teruskan usaha anda

    ReplyDelete
  34. cntik giler 1st dsgn. rse trgin plak nk pg tmpt 2. hihi

    ReplyDelete
  35. kalo le teman lecturer mike..A teman kasi..hik3..memang sgt cntik..tahniah yob...teruskan berkarya kerana anda berbakat...cayalah...

    ReplyDelete
  36. suka taman katering mcm genting la jom2 f taman katering plak.. so nice

    ReplyDelete
  37. bagus jgk lau ada taman camni..bleh r bawak awek pi sini..jom ramai2 bawak awek pi taman katering!!!!

    ReplyDelete
  38. yg nie lg puitis hehhe.. teruskan merekabentuk

    ReplyDelete
  39. kedua2 desgn sngt menarik.. nmpak real la

    ReplyDelete